Skip navigation

Assalamualaikum…

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya…

Tentang pandangan politik saya, prinsip pertama yang saya pegang ialah, di dalam politik semua tidak boleh dipercayai kerana politik adalah satu bidang yang menggunakan segala bentuk manipulasi untuk memperolah kuasa, oleh itu, kemungkinan besar perkara buruk tetap akan berlaku, tetapi perlu diingat satu perkara iaitu manipulasi ini adalah cara untuk mencapai matlamat atau ‘…means to an end…’…

Dalam situasi sekarang, saya amat bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir bahawa Barisan Nasional adalah sistem yang terbaik setelah 50 tahun, tetapi beliau tidak sedar banyak kerajaan di negara lain inilah umur tuanya yang kebiasaannya hilang kuasa untuk memerintah.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah atau menjadi kerajaan, sesuatu yang baik akan berlaku, antaranya rasuah akan berkurang kerana kerajaan tidak lagi ditadbir oleh rakan lama yang sentiasa menerima rasuah, sistem kehakiman akan mengalami perubahan dimana ia akan mengalami satu proses pembersihan dari pemikiran yang rigid terhadap undang2 tanpa melihat kepada konsep keadilan seperti sekarang, dan yang paling penting adalah ruang perubahan di dalam mindset masyarakat yang selalu pada politik kaum dimana perubahan ini akan melihat rakyat berbilang kaum tidak lagi berfikir sebagai kaum masing2 tetapi sebagai rakyat Malaysia – ini akan dapat memastikan kestabilan negara daripada manipulasi pihak tertentu dalam memainkan isu perkauman…

Pada saya Pakatan Rakyat pun akan menjadi rasuah juga kerana satu realiti mudah, mereka bergiat dalam politik, kalau tak diberi duit pun, maksud rasuah amat meluas merangkumi memberi projek kepada rakan2, dan macam2. Dan apabilan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, seluruh sistem rasuah yang wujud dibawah 50 tahun pemerintahan Bn akan putus dan Pakatan Rakyat terpaksa membina rangkaian rasuah mereka untuk mengekal kuasa, tetapi apabila rasuah semakin tidak terkawal, rakyat perlu tahu apa mahu buat – kita buang kerajaan yang mnegamalkan rasuah…

Malaysia berhak untuk menerima nasib yang lebih baik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.